Tuesday, 30 October 2012

Kalau esok aku mati

Pernah terfikir esok hari ?

Kalau esok aku mati , aku tak dapat nak tunaikan janji aku pada diri sendiri . Janji untuk aku berubah dan memiliki diri yang sangat solehah . mendidik anak-anak buah ke jalan yang diredhai Allah .

kalau esok aku mati , aku tak dapat nak kotakan janji pada mak dan abah . janji aku untuk mereka lihat aku berjaya . janji aku untuk membahagiakan mereka . aku tak dapat minta maaf pada mak yang sudah 15 jam tidak tegur menegur . mungkin aku akan digelar anak derhaka :( . aku tak dapat tengok muka abah seperti selalu . aku nak mak dan abah tahu , aku mencintai mereka sedalam-dalam hati selepas aku mencintai Allah . maafkan aku .

kalau esok aku mati , aku tak sempat rasa bahagia bila dicintai lelaki bernama suami bekerjaya yang aku impikan . macam mana bahagia bila dicintai suami sendiri . memeluk erat tubuh lelaki . berkongsi hidup dibawah satu bumbung setiap hari . aku teringin .

kalau esok aku mati , aku harap abang6 tahu yang aku sangat mencintai mereka . walaupun mulut pernah terucap "aku benci" , walaupun hati terkadang menangis sendiri , walaupun aku sering memberontak ketika ditegur mereka . Tapi , dalam pada memberontak aku amat mencintai kau abang6 . Abang  , hati ini lembut walaupun mulut aku keluar ayat berbisa . aku minta maaf .

Kalau esok aku mati , aku tak dapat tengok kakak bergelar doktor.  aku nak dia tahu , aku terharu memiliki kakak seperti dia . tapi aku harap dia tahu dia wanita kedua yang paling aku sayang dan jujur mengenalinya . aku tak sempat berkongsi segala cerita hidup aku dengan dia . aku harap dia dan family aku sentiasa berhubung walaupun aku sudah tiada . aku minta maaf .

kalau esok aku mati , aku harap semua sahabat melalui kehidupan seperti sediakala including bestfriend aku , tak kira dimana . Aku nak sahabat aku pegang prinsip "setia" . walaupun , kau pernah sakit hati dengan perangai aku yang tak matang ni , aku nak dengan hati yang terbuka , tolong memaafkan diri ini . kerana aku sudah tiada .

kalau esok aku mati , aku nak guru-guru tahu , dalam hati ini sudah lama ingin meminta maaf , bukan meminta simpati . tapi , diri ini nakal dan teramat malu untuk berhadapan dengan Mu guru . aku minta maaf .

kalau esok aku mati , aku tak sempat nak kecapi cita-cita aku .
aku gagal  nak jejakkan kaki kat Sime Darby . 
aku gagal  nak pergi tanah suci dengan mak,abah . 
aku gagal  nak jejakkan kaki dalam dewan konvo .
aku gagal memenuhi permintaan semua orang .
aku gagal menjadi wanita solehah .
aku gagal nak minta maaf pada semua atas semua salah aku .

aku tak tahu ape Allah rancangkan untuk kita semua , untuk diri aku . sebab itu aku menulis ini . hati sedang bercelaru . diri rasa berdosa . diri rasa hina . aku terbaca , dan aku coretnya disini .

Bila aku sudah tiada ,
aku harap semua lalui kehidupan seperti biasa tanpa aku .
aku harap jangan mengungkit bende jahat pernah aku lakukan .
aku harap mereka yang aku sayang sanggup tinggalkan ape jua sementara untuk sembahyangkan jenazah aku , kerana itu hari terakhir aku bersamamu . Tapi , jangan kerana aku kau abaikan masa depan .
aku harap segala hutang aku dihalalkan , jika terlalu banyak boleh kamu tuntut pada keluarga aku secara tutur sopan .
aku harap taubatku , amalan ku diterima .

Mungkin sekarang kamu lihat aku sihat ,
mungkin sekarang kamu dapat lihat muka bahagia aku ,
mungkin sekarang kamu dapat lihat wajah hensem aku ,
mungkin sekarang kamu lihat aku sempurna .

Tapi , aku manusia , hanya mampu merancang hanya ALlah yang menentukan segalanya .