Sunday, 4 November 2012

Kadang-kadang - Bila Allah ambil kembali


kadang-kadang,
kerana terlalu sayang dengan seseorang,
Allah ambil dia dari kita.
Allah jarakkan kita dengan dia.
untuk uji kita.
masihkah kita sayang pada yang MENGURNIAKAN rasa sayang itu
masihkah kita sayang pada yang MENGANUGERAHKAN rasa sayang itu.
dan masihkah kita percaya pada aturan DIA.
untuk sedarkan kita.
bahawa ada DIA yang perlu lebih kita sayangi, lebih dari segala-galanya.
dan
kadang-kadang,
Allah ambil juga kembali orang-orang yang tidak kita hargai.

saat Allah jarakkan kita,
lalu timbul rasa rindu dan menyesal,
itu bukan untuk menghukumi kita.
tapi untuk memberi pengajaran.
bahawa bila kita tak mahu menyayangi mereka,
Allah akan mengambil mereka untuk disayangi lebih dari yang mahu
kita lakukan.

Tuesday, 30 October 2012

Kalau esok aku mati

Pernah terfikir esok hari ?

Kalau esok aku mati , aku tak dapat nak tunaikan janji aku pada diri sendiri . Janji untuk aku berubah dan memiliki diri yang sangat solehah . mendidik anak-anak buah ke jalan yang diredhai Allah .

kalau esok aku mati , aku tak dapat nak kotakan janji pada mak dan abah . janji aku untuk mereka lihat aku berjaya . janji aku untuk membahagiakan mereka . aku tak dapat minta maaf pada mak yang sudah 15 jam tidak tegur menegur . mungkin aku akan digelar anak derhaka :( . aku tak dapat tengok muka abah seperti selalu . aku nak mak dan abah tahu , aku mencintai mereka sedalam-dalam hati selepas aku mencintai Allah . maafkan aku .

kalau esok aku mati , aku tak sempat rasa bahagia bila dicintai lelaki bernama suami bekerjaya yang aku impikan . macam mana bahagia bila dicintai suami sendiri . memeluk erat tubuh lelaki . berkongsi hidup dibawah satu bumbung setiap hari . aku teringin .

kalau esok aku mati , aku harap abang6 tahu yang aku sangat mencintai mereka . walaupun mulut pernah terucap "aku benci" , walaupun hati terkadang menangis sendiri , walaupun aku sering memberontak ketika ditegur mereka . Tapi , dalam pada memberontak aku amat mencintai kau abang6 . Abang  , hati ini lembut walaupun mulut aku keluar ayat berbisa . aku minta maaf .

Kalau esok aku mati , aku tak dapat tengok kakak bergelar doktor.  aku nak dia tahu , aku terharu memiliki kakak seperti dia . tapi aku harap dia tahu dia wanita kedua yang paling aku sayang dan jujur mengenalinya . aku tak sempat berkongsi segala cerita hidup aku dengan dia . aku harap dia dan family aku sentiasa berhubung walaupun aku sudah tiada . aku minta maaf .

kalau esok aku mati , aku harap semua sahabat melalui kehidupan seperti sediakala including bestfriend aku , tak kira dimana . Aku nak sahabat aku pegang prinsip "setia" . walaupun , kau pernah sakit hati dengan perangai aku yang tak matang ni , aku nak dengan hati yang terbuka , tolong memaafkan diri ini . kerana aku sudah tiada .

kalau esok aku mati , aku nak guru-guru tahu , dalam hati ini sudah lama ingin meminta maaf , bukan meminta simpati . tapi , diri ini nakal dan teramat malu untuk berhadapan dengan Mu guru . aku minta maaf .

kalau esok aku mati , aku tak sempat nak kecapi cita-cita aku .
aku gagal  nak jejakkan kaki kat Sime Darby . 
aku gagal  nak pergi tanah suci dengan mak,abah . 
aku gagal  nak jejakkan kaki dalam dewan konvo .
aku gagal memenuhi permintaan semua orang .
aku gagal menjadi wanita solehah .
aku gagal nak minta maaf pada semua atas semua salah aku .

aku tak tahu ape Allah rancangkan untuk kita semua , untuk diri aku . sebab itu aku menulis ini . hati sedang bercelaru . diri rasa berdosa . diri rasa hina . aku terbaca , dan aku coretnya disini .

Bila aku sudah tiada ,
aku harap semua lalui kehidupan seperti biasa tanpa aku .
aku harap jangan mengungkit bende jahat pernah aku lakukan .
aku harap mereka yang aku sayang sanggup tinggalkan ape jua sementara untuk sembahyangkan jenazah aku , kerana itu hari terakhir aku bersamamu . Tapi , jangan kerana aku kau abaikan masa depan .
aku harap segala hutang aku dihalalkan , jika terlalu banyak boleh kamu tuntut pada keluarga aku secara tutur sopan .
aku harap taubatku , amalan ku diterima .

Mungkin sekarang kamu lihat aku sihat ,
mungkin sekarang kamu dapat lihat muka bahagia aku ,
mungkin sekarang kamu dapat lihat wajah hensem aku ,
mungkin sekarang kamu lihat aku sempurna .

Tapi , aku manusia , hanya mampu merancang hanya ALlah yang menentukan segalanya .


Sunday, 28 October 2012

Happy birthday , kewujudan beliau :)

28 oktober .

Today is Mak's birthday . seperti biasa , akulah orang first yang akan wish dekat mak . 12.43am , I wish banyak2 dan hadiah sebijik ciuman kasih sayang yang teramat sangat . dan adik continue wish kat fb lagi kan mak kan . *Dalam hati , "jangan lah mak tanya hadiah . aku tengah sengkek ni" . haha .

Setiap kali birthday, mak tak pernah minta ape2 . cuma mak akan pesan macam parents orang lain pesan jugak , tapi mak kita kan , mestilah pesanan yang special special kita dapat . yey ! 143 .

so , this year aku dan 6 abang sangat lahh kekurangan waktu dan takde plan pon  untuk meng-celebrate. hehe . I'm sorry mak . Next time , kita enjoyyyy ! 
tapi for abg yang lain taktahu lahh hadiah ape kenn . tanya mak lahh kenn :D

___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

bangun pagi dengar suara nyanyi2 "happy birthday to me , happy birthday to me , happy birthday to Azizah , Happy birthday to me"
see ? betapa happynya mak bila birthday tiba . haha . bangun tidur dengan muka tak semenggahnye kan , tergelak terbahak2 dengar mak suara merdu ala ala ziana zain tu menyanyi birthday song . 

then , tengahhari , takdak apa nak buat kenn , mak termenong . aku pon menyebok lahh tanya "birthday woman , kenapa termenong ni ?" dengan muka fake smile mak "rindu pulak dekat Ain , dah 34 tahun dah kakak sekarang" . telan air liur aku dengar . 
sudah cemana ni eh . tetibe gedik aku , "mak ,kakak suka buat ape eh time kecik2 ?"
dan mak pon cerita segala-galanya mungkin . rasanya dah banyak kali cerita , tapi sumpah tak jemu dengar cerita pasal kakak .

Acctully , kalau tak , aku ade kakak NUR AIN BINTI JA'AFAR . anak kedua dari lapan beradik . tapi Allah bagi pinjam sekejap je dekat family . kakak meninggal time umur setahun lebih or dua thun lebih gitulah , demam . aku tak sempat pon dengan dia . tak pernah rasa kewujudan dia , tapi bila mak selalu cerita , aku dapat rasa kehadiran kakak dan akui yang aku pernah ada kakak before this .mak kata kakak suka tepuk tangan bunyi macam tahi lembu jatuh . kelepek , kelepek . haha . kecik lagi kodd . mak siap demam dua minggu lepas kakak pergi menghadap ilahi .



NUR AIN BINTI JA'AFAR (kanan)


so , aku dengan kakak mana lagi hensem ?
aku kan? kan ? tq . hahahaha 


birthday kakak 12 JUly 76 . kakak pergi 20 oktober kata mak kalau tak silap . sijil kematian kakak hilang , tu pasal lahh lupa . kakak seorang yang sangat happy macam aku jugakk . tapi , kulit kakak putih kemerah-merahan (itu tak sama langsung mcm aku) haha.
kakak pandai jalan dan tumbuh gigi dulu . lambat bercakap .
mak kata time tu kakak baru pandai ckp "mak" ,"abah","cucu","nnnum","nntakk" dan ape ntah lagi .

 last word sebelom kakak pergi "mak, nnnum" ha , tu tanda kakak mintak susu . tapi bila mak bagi susu kakak taknak pula . maghrib time tu . tapi tibe2 kakak diam , dan mata dia pandang sana sini. dah ramai org datang masa tu . kakak meninggal dekat kampung , rumah atuk belah abah . then , jiran abah mengucap kat telinga kakak , dan mata kakak terus tertutup sampai bila-bila .
semua mak yang cerita . setiap kali cerita setiap kali tu lahh mak akan melelehkan air mata .

Tapi , arwah atok selalu pesan , buat ape nak nangis , nanti Ain jugak yang tunggu jijah kat pintu syurga . ya , mak selalu pegang kata-kata atuk tu . in sya Allah . tq kakak .

Tapi ,  "patah tumbuh , hilang berganti"

mungkin aku pengganti kakak bagi mak , satu2nya perempuan dalam family . 
Tapi , Kak ain hilang Kak ILI aku sayangg .


so , this post is about , my awesome mother's birthday dan Kakak yang tak pernah aku cerita kan , kan ? itu hanya 1/3 cerita kot . hahaha . aku taknak bende sama berlaku lagi . biarlah kak Ain jadi kenangan dan Kak ili sentiasa ada dalam kehidupan , in sya Allah .
so , NUR AIN BINTI JA'AFAR , I LOVE YOU :) 


#happy birthday mak :)

Saturday, 6 October 2012

SABARLAH SAYANG

16.19-16.43

Tutup buku sejarah . On twitter . bertweet sana sini . terdetik nak On Facebook . Tapi hati kata tidak . kerana pasti aku akan tuju ke group rhythm .

 No , tak . taknak . Aku sakit hati dengan Rhythm . Sakit sangat. tahu kenapa ? Sebab rhythm aku tak boleh study . Marah ni . marah ni >_< . Aku nak buat kerja semua tak menjadi . Sebab air mata nak mengalir saja . Habis basah test pad aku konon nye nak salin note sejarah yang penting . Habis basah tau . Rhythm kejam. 

Kononnya aku kuat . Tinggalkan Rhythm untuk mencari ketenangan. Tinggalkan Rhythm untuk cari pengalaman ditempat baru. Tinggalkan Rhythm dan lari sebab seorang guru . Konon aku bagi nasihat dekat kawan ni , kawan tu . sahabat ni sahabat tu yang kita kena kuat. Demi masa depan jauh pon takpe . Semua tu konon . AKu hipokrit. Ya aku hipokrit depan Rhythm . aku tak sampai hati nak buat Rhythm lagi sedih . Aku nak tengok Rhythm selalu senyum . AKu taknak Rhythm lari macam aku . Cuma aku nak Rhythm kejar cita cita . Aku nak Rhythm bahagia sampai syurga . In sya Allah .


Dear RHYTHM ?
Do u know , Bila bicara tentang Rhythm mesti  tak dpt dipisahkan dengan air mata . :'|

ya hari ni hari sabtu . Sepanjang hari Rhythm sentiasa bermain main dalam kepala ni . Kenapa ? Aku teringat gelakgelak . Aku teringat bila kita bersatupadu untuk melawan mereka yang bermusuhan dengan Rhythm . AKu teringat macammana Rhythm susah payah nak Pmr . Aku teringat bila Rhythm nak makan petang petang . Meriah . AKu teringat semua tu :'|. Memang bila aku dah sayang . Kenapa mesti berpisah ? ya , Untuk masa depan . Rhythm Good Luck for your Final Exam . Aku tahu Rhythm mesti boleh kan ? Semangat di Seri Bentong dan di tempat baru . SELAMAT BERJAYA SAYANG .


Rhythm , Tadi aku call ADA .
Memang tak boleh lari dari air mata . Dia tak perasan yang aku sedang menangis mungkin . Tapi aku kata aku sangat rindu Rhythm . tak boleh tengok Photos Rhythm . Aku mengadu . 

Mungkin suatu hari nanti Rhythm boleh jumpa semula . 80 orang seperti sewaktu kita Form Three dulu kala ? Mungkin ? 
Aku wish dan berharap ianya menjadi kenyataan , YA ALLAH .

Rhythm,

Rindu ini seolah olah mengacau waktu aku . RIndu ini perit . RIndu ini buat aku bosan . Rindu ini buat aku tak tentu arah . Rindu ini sentiasa bersama aku dan bila Rindu nak lari dari hidup aku ? Sampai bila ? ya , setahun lebih . Aku tunggu rhythm ubatkan rindu aku . Aku tunggu .



Dear Rhythm , Good Luck For your Final Exam .
Usaha tangga kejayaan . Doakan aku . Doa aku sentiasa mengiringiMu . 
In sya Allah kejayaan itu pasti :')










Monday, 24 September 2012

Superb Sister

Don't say Good Bye to me :( . Good Luck For Your Long Journey , Kakak !

Assalamualaikum .


'Flight kakak 26 September to Egypt'

Silent Phone . tutup Buku . Quarantine diri .

Kerja Gila yang aku selalu buat sekarang  . Sangat membosankan daripada aku membaca buku tau . haha xD . My heart sank :(. satu kerja pun yang aku  buat sekarang tak sempurna .  Asyik terfikir, 'kakak nak pergi dahh . Siapa nak caring pasal aku ni ?' .

Dua hari lepas ade la idea nak call kakak . Tapi aku call malam tadi tunggu kakak tak busy .kan kakak kan ? Macam biase la kan , kalau aku call orang , orang tu lahh kene banyak cakap . sebab aku tau diamm je . haha . And , kakak you are so sweet , at last she said "simple word , I LOVE you" . Thankyou thankyou . serius terharu . wuuuu :) Padahal aku yg suruh wish something . ayat tu yg keluar . ayat kakak memang power . Tergoda sekejap xD .

Aku tahu kakak akn fly to Egypt dah lama . Sebelum kakak buat persediaan kat UPM lagi . Masa dpt tahu tu , Rasa sedih sangat . Rasa something , rasa kehilangan . Sebab Kakak adalah semangat aku untuk kehadapan . Always be .  Aku senang nak dengar cakap kakak daripada Orang lain . *Serius .

Sape tak sedih kalau "semangat" dia nak further study tempat jauh .
And now , my tears keep rolling down . Terbayang macam mana semangat nye bila kakak nasihat kite :) . Itu lahh kakak jadi semangat kite . wuuuu . The beautiful memories . Betul ni , Tak tipuuu :)

She's The greatest kakak i ever had . aku  selalu cakap "I love u kakak" at the End on my texts . kan kakak kan ? kan ? . yes . Its Truely , sincerely , really from my heart . (errr,asal macam physco je aku nih )haha :D

She's wonderful person . i kept remember our memories when we met . How kakak changed me . hanya guna kata-kata kakak yang hebat belaka , Kakak boleh ubah seorang insan yang susah nak dengar cakap . yang keras kepala yang tak tentu hala kepada now i'm . wuuu. Hebat *seriusly. (aku pon tak tau macammana power sangat ayat kakak sampai aku jadi manusia mcm sekarang, in sya Allah berguna)
Even now , i really hope , kakak boleh changes lagi adik sampai jadi macam kakak . tak mustahil kan ? Boleh ? hahaxD . #Always be beside each other . Support each other .

Yes , Its true . Sekarang zaman teknologi . Nak support support guna skype pon boleh . Whatsapp , Facebook , Twitter and what ever . @_@ :D . Tapi , Sekarang , Mungkin sebulan sekali atau aku pun tak tahu . makin lama aku makin busy . Dan kakak lagi busy . Mungkin susah untuk Contact2 . Kan kakak kan ? Kalau kakak cakap senang . Bebila pon adik ON :)

[Nak pesan ni , Nak pesan ni]

Kakak kakak

Jaga diri , Jaga Iman . Ingat adik tau ? tau ? . Good Luck . Be The Doctor Muslimah in sya Allah . hihi . Going to miss you . Doa adik sentiasa mengiringiMu .

  • Setiap tahun akak balik , setiap tahun kite wajib jumpa tau ?:)
  • Adik minta maaf , selama adik kenal kakak even salah tu akak x nampak . i'm sorry . Mungkin x sengaja . ape yg salah adik akak nampak , yes . itu kelemahan adik . :)
  • Contact tau even sebulan sekali . Jgn lost contact . Nanti adik nangis nanti :( wuuuuuu .
  • Kakak , kakak nak tau tak ? kakak baik dan canik dan pandai dan cerdik dan matang dan segalanya dan satu empat tiga kakak :D
  • Banyak nak pesan , Tapi kalau nak type kat sini Comform sampai esok tak habis . hahaxD


Btw , nak cerita semua bende ni bila call memangg takk  terkeluar lahh jawabbnye . haha . kan ? kan ?

*Lap air mata

So , Don't say good bye :( Don't cry and always smile :)
I'm here for you . Anytime beside you .

Next year Spm ni . Cuak ni . Nasihat sikit adik akak ni . Malas gile . haha xD . Adik kan dengar cakap kakak . kan kakak kan ? 
heee :D entry adik in 1 months ni rasanya all about you . wuuuhuuuu . Lepas ni ? haha . Selalu lahh Follow ye kalau rindu . *cehhhh . haha .



Ili Noor Shahirah hisamudin ?

"satu empat tiga  kakak"

ASSALAMUALAIKUM








                            28 November 2010
                  ingat tarikh ni ? ingat sampai bila2 tau :)










Wednesday, 19 September 2012

Twice

Assalamualaikum .

15-16September 2012 .


Aku dah setting , dah Comform malam 14 tu .

Bila tanya abah , jawapan tu tetap sama . Aku kenal abah macam mana . Tak payah tanya pon takpe . Tapi aku ada mak yang memahami . So , aku minta kebenaran untuk naik bas , mak abah On . Abang pulak melarang . Bahaya katanya .Tapi aku cuba untuk minta kali ni je , Macam-macam alasan aku bagi . Tapi aku pergi rumah kakak sebab ade kenduri , Tolong lah . Bila lagi aku nak jumpa kakak . Abang macam rasa serba salah . Tapi, dia bagi jugak . Duit belanja sekali dia hulur . Thankyou abang . Tapi ada syarat kene bawak kawan . kalau sorang2 memang takde harapan lah . So , I choose to bring Eika jumpa kakak . Sebab kakak dah kenal eika . Macam senang sikit .


Kitorang gerak pukul 2 dari kemasul .Sampai pukul 3.40 kat Temerloh  . kakak ambil pukul 4.30 kat Temerloh .Tau kan bila aku nervous macam mana . Tangan aku dgn hidung Comform berpeluh . Bila dah jumpa mula lah aku membisu . Tak sempat snap gambar . Aku malu nak mengsnap . wakaka . Tapi,,,,



Bila kakak keluar kereta . Ape lagikan , paham2 je lah bila aku dgn kawan . haha . Sorry malas nak rotate :D 


When we arrived , Nervous macam nak jumpa sapa je . Bersalam-salaman lah dengan Family kakak . Jujur aku cakap ayah kakak sangat peramah . Aku senang dgn parents kakak , Tapi kenal aku kan ? malu , so , aku lebih banyak diam . Dan______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Banyak lah cerita kat rumah kakak . Buat ape aku nak cerita kat sinikan ? haha . Maaf , malam kenduri tu aku tak snap pic langsung . So , takde ape yg aku nak tunjuk . haha xD . 



16 Sept kitorang balik . Eika budak asrama kan , banyak bende tak settle . Sebelum keluar rumah , Sempat lah satu gambar snap dgn kakak . 
So , Kitorang pilih untuk naik bas pagi . Pukul 11 . 



Sebelum naik bas , Sempat lah aku mintak kawan kakak tolong snap kan . Sorry malas nak rotate . Kenangan . 

_________________________________________________________________




Kau tahu bagaimana  aku sayang insan yang bergelar kakak pada aku ? Kau dapat rasa ? Kau faham tak situasi aku ? Kau pernah terfikir kenapa aku lebih pentingkan Kakak daripada benda yang lagi penting dari dia ? Kau pernah rasa tak , yang Kakak tu adalah segalanya bagi aku ? kau pernah tak , terfikir yang kadang-kadang kakak tu lagi penting dari kau ? 


Kalau kau tanya aku , siapa yang aku sayang selepas Allah , rasul  dan  Family . Aku akan jawab kakak . Walaupun aku dan kakak takde talian darah . Orang akan kata "alah, kakak angkat je pon , nak beria bagai" . Ya , aku beria bila cakap tentang kakak . Sebab kau tak pernah faham Definisi kakak pada aku . Sebab kakak tu semangat aku . 

ILI NOOR SHAHIRAH HISAMUDIN kakak aku dunia akhirat . In sya Allah .














Sorry , post ni mcm takde feel , Aku tak sihat sikit .
Tapi aku nak tulis jugak . 
Suka hati akulah blog aku kan . :p






       SYAHIRA JA'AFAR :0





Saturday, 25 August 2012

|Thankyou Allah , YOU give me The Wonderful present in My life |

24 August :D

Siape kata dalam hidup ni xde org sayang kite . Siape kata orang yang buruk akhlaknya mustahil untuk berubah . Siapa kata orang liat untuk solat mustahil untuk sembahyang 5 waktu . 

                                                       "SIAPA KATA"

Renungkan kata-kata itu , mungkin dengan "siapa kata" kita mampu mengubah diri sendiri kan .
Ya , Dulu aku tidak seperti mereka . Aku jahil berbicara . Aku jahil bab agama . Aku lari jauh . Jauh sangat . Terpengaruh :( .


Tapiiiii , Selepas aku kenal kakak , segala-galanya berubah . Kakak semangat aku. Kakak banyak nasihat aku. Banyak sangat . Aku jadi malu . Malu dengan semua orang . Tapi sekarang alhamdulillah . Aku bahagia hidup . Terima kasih Allah .


24 august .


This is The Kakak and me :D

kakak , me and eyka :D Eyka lahh yang selalu teman aku .
 almaklum , siblings semua lelaki :D
Mesra je kakak dgn Mak :)


Our Food . "Soto"

Kawan-kawan kakak . Kelakar sangat . Thankyou :)



24 August . Kakak datang rumah , lawatan sambil beraya kataNya . Aku tak sangka , kakak sanggup datang rumah untuk jumpa si adik dan mak . Thankyou kakak :D



"SIAPA KATA" kakak yang jauh tak boleh dtg .









Dulu saya ada 6 abang . dan sekarang saya ada 6 abang dan seorang kakak :D











           ILI :D













Friday, 24 August 2012

|Raya in Yellow|

Assalamualaikum :D
Malas nak typing banyak sangat . So , enjoy The pictures :D



Dah kenape muka gitu ?

Sweet siblings :D

..


Candit time :D



I love u like a love song mummy :D


(*pejam mata >_<


The handsome !


Beraya Bersama :D


All my heart are Them <3

\

Them <3

Abang (5) with his bike . Good bye :D


After 11 years , The Seven . Making The new picture . h a h a 
Semua dah besar2 :D








That'S all . THANKYOU for Watching :D

Thursday, 9 August 2012

| It is a Younger day |

28 JULAI

 28 Julai . My younger day :)
Thankyou For Those who are WISHing me :)
I'm So happy and May Allah Bless us Always :)



The Crushed :)


Beloved kakak :)


Rhythm of 96 :)


kakak and Fb's Friends :)


Dear TWENTY's


Anis :)


Kakak :D



Cikgu Anis :D









Thankyou . I'm Happy with The much meaning Wishing :D









FZ

Monday, 16 July 2012

|A New LIFE Begin|

16 Julai 2012 :)

           A New LiFE Begin :) Kata orang "Jadikan Hari Ini Lebih Baik Dari Hari Semalam, Dan Hari Esok Lebih Baik Dari Hari ini " Ya, Aku ingat kata-kata tu . Hari pertama disekolah baru. Kawan pon baru . Ada juga kawan lama . Aku masih berkawan mereka . Seperti dahulu . Tapi lain caranya . Maklumlah sudah remaja . Gelagat mereka , Cara mereka melayan aku masih seperti dahulu . Selalu bergurau senda . Tak tentu hala dibuatnya .


Tapi,  mereka pelik . Sangat membuatkan aku hairan . Aku tak pernah layan guru seperti mereka melayan . Aku tak pernah menaikkan suara kepada guru matapelajaran aku . Aku tak pernah memerli guru seperti mereka lakukan . Aku takut . Aku cepat cuak . Aku tak boleh . Mereka mengajar aku . Aku terus terang . Aku tak boleh buat begitu . Dalam hati aku "kau ingat dunia ni kau punye ? kau lupa . Kau ada agama " . Ya, Allah . aku diam seorang diri di kerusi . Aku tumpang tempat kawan mereka yang tidak hadir kan diri . Aku pandang mereka . Aku main pandang-pandang .


             Aku jumpa guru kelas aku . Kawan lama teman . Katanya aku budak baru . Cikgu tau . eh "name cikgu ape ?" sapa ku . Kawan aku yang jawab " kat sekolah ni ade sorang je Cikgu Fitri"  Omg .  "Cikgu kawan Cikgu Anis eh ?" Soalanku padanya . "ya . Kenapa?"
"Oh . Cikgu Anis kirim salam" walhal . Cikgu Anis suruh cari dia je . kata "Hai" Aku pulak yang memandai kirim salam . *ampunnn . haha . tak tahu nak cakap ape . idea tu je yang ade .  "Waalaikumsalamwarahmatullahhiwabarakatu" ha . ambik . panjang berjela dia jawab . h u h u . Nasib spoting . Aku bayar PIBG pada dia . Elok , Indah Bahasanya , Tiada cacat cela . Itu perkenalanku dengan dia . Guru Kelas merangkap Cikgu PJ aku .


Guru pertama yang masuk Teacher . Mengajar BI .  Takut aku pandang dia . Nampak macam garang , dalam hati ade taman rupanye . Kelakar . aku disuruh pergi ke hadapan kelas . Perkenalkan diri , walhal semua dah kenal aku . Kawan lama yang kenal kan . Menghebohkan Kepada teman baru Siapa aku . haih . *malu . Tapi aku disuruh juga oleh Teacher .... ? aku lupa namanya . Sebaya dengan mak aku . Dia suruh cerita tentang diri aku . Oh my god . Aku layan sahaje Speaking dengan dia . Entah ape yang keluar aku pun tak tahu . Tapi nasib dia faham . Dia baik orangnya , walaupun susah nak senyum . Bila kawan aku buat lawak mulalah tergelak . Masa tu lah nak tengok dia senyum . *manis .


                      Dan waktu rehat pon bermula . Aku tak makan . Tak terasa lapar . Cuma dahaga . Kawan ajak pergi ke kantin . Aku hanya mengikut . Aku duduk . Kawan pergi ke kaunter makanan . Dan balik terus menuju ke arah aku . Dengan kata-kata kesat . Semua habis keluar . Kami terlewat rupanya . Semua makanan dah habis dijual . Relax lah babe .
Kalau kau mencarut pon Takdenya makanan nak turun dari langit . balik kelas sudah . haha.
Aku masuk kelas . ambil barang pergi Lab . Masa Sains pon bermula . Masuk , Baca doa , duduk . Dan cikgu tu buat macam biasa tidak seperti Teacher BI nak bertanya semua . CIKGU ni selamber . dia mengajar je . Buat macam aku ni tidak wujud . Aku belajar . Dia mengajar . Aku duduk dia berdiri . Mungkin aku ni tidak menarik perhatian nya . dia memberi banyak tumpuan kepada apa yang dia ajar . Kawan aku sering kali di tegur . kata kawan "Cikgu tu memang selalu Aim aku, Cikgu tu memang tak puas hati dengan aku " dan Cikgu tu . Dan Cikgu ni . Begitulah . Aku tengok cikgu tu Baik , Sopan . Kalu dia tak puas hati dia terus terang .

Ni baru Hari pertama . Semua guru elok dimata aku . Aku hormat mereka .


                      Habis kelas Sains . BM pula . BM dua masa . 1 jam 20 minit . Cikgu lelaki . Cikgu Syukry . Okay lah . Baik . Dia pun buat macam aku bukan pelajar baru . Bagus . Aku suka . TIdak terpinggir . Dia mengajar pon Okay . Sape tak siap kerja tak boleh balik . Kata kawan "kalau hantar pon dia tak rite " oh . aku faham . dia nak semua pelajar dia buat kerja . Bagus . aku suka dia mengajar . Boleh faham . dia terang satu persatu . Tapi, "kau baru hari First " kata kawan . Ya . aku faham maksud dia . *pengaruh ade dimana-mana .



Lepas hantar kerja . Pelajar dibenarkan pulang . *hooreyy . hooreyy . Boleh balik .
Hari First mestilah abah ambil . Abah hantar dan abah ambil . Yay . Dan esok ? . Pandai-pandai kau la nak hidup wehh . Kesian abah . takkan hari2 nak hantar ambil , hantar ambil . Pikir la wehh :p xD Okay aku broom . Bromm :) huhuhuhuhu .



Jadikan Hari ini lebih baik dari hari semalam. esok lebih baik dari hari ini
                             



Saturday, 14 July 2012

|Allah menguji semua hambaNya|

             Aku  terjaga  dari  tidur selepas terdengar azan subuh . oh muzik Allah mengejutkan aku . menjeling ke arah jam bulat didinding masih awal untuk aku menyiapkan diri . Aku sambung tidurku dan kembali ke dunia mimpi yg indah . sangat indah .
Terdengar suara bergelak ketawa mngejutkan aku dari lena . Aku bangun , duduk lama. termenung . Dan kemudian melihat jam menunjukkan pukol 7 pagi . "oh my ALLAH aku tak siap ape2 lg"
Aku berlari keanak-anakkan mencapai segala yg memberiku kesegaran . kemudian menggosok baju ,memastikan semua barang sempurna untuk dibawa menuju niatku . Semunya telah sempurna di mata .

Seperti biasa didalam kereta bersama Abah , dan emak . Niatku cuma satu . Abah menghentikan kereta di sebuah gerai makan untuk bersarapan . Kami sarapan lauk yg sama "nasi lemak sambal sotong" Lauk kegemaran ku :) . melihat tauke kedai yang muka seakan-akan lalu abah bertanya . kembar ke ? dengan gurawan dan senyuman dilemparkan "Itu hantu raya saya pakcik" haha . aku turut sama tergelak sambil menikmatikelazatan makanan .


         Selepas makan abah terus menghantarku kepada niatku . Hati aku berdebar . jantung berdegub kencang . rindu yang teramat sangat mahu aku lepas kan . sampai di pintu pagar . terlihat ustaz dan kawan2 menjaga parking . abah bercakap bersama ustaz dan terus berlalu menghantar aku . Aku turun dari kereta bersalaman dan melangkah laju kepada niat aku . kini, Aku disekolah yg harus di Tinggalkan . Aku berlari mencari niatku .

          Aku rindu . "weiiiii"  saling berpelukan kami di situ . AKu jumpa niatku . Kawan2 yang sangat sekepala , meriangkan hati dikala duka , sedih dikala tidak setia . semua aku belajar dari mereka . Lama kami berborak dan berjalan menuju ke gerai2 jualan berhampiran dan tidak satu pun menarik perhatianku .


Aku diajak duduk di gerai kelab setia kami bersembang . suasana riuh rendah . segalanya terkeluar . segala-galanya . Kami tidak hiraukan sesiapa . mengendahkan mereka yg datang untuk membeli . Kami hanya Kami .Terima kasih layan aku seperti kawan lagi . Terima kasih .






Sambil berborak dan sangat banyak Gambar ditangkap . besama-sama . hanya kami :) Dan ade lagi gambar . Tapi ... tak larat nak upload .:) heee


Sebelom bersembang Digerai . Aku duduk di "Selamat datang ke asrama"    kini tinggal batu terukir dan tiada lagi tulisan itu di paparkan . Duduk di situ membuatkan ramai menegur aku yg datang dengan berbaju kurung dan tudung biasa . bukan seperti budak yg bersekolah disini. ya . Aku berpindah . Kadang2 tak terucap kata itu . susah . payah . tapi bagaimana kan ? demi masa depan :) Bersembang dengan cikgu anis . Walaupun dia sangat busy , Tapi tak mengapa dia tetap layan bagai mana pun caranya . Terima kasih cikgu .


          
          Berjalan Seorang diri ke Aspuri mencari kawan sejak tadi . Kawan tinggalkan aku . Tapi takpe . mereka sangat busy hari ini . Dalam mencari,Aku memandang sekeliling . mencari sesuatu tetapi tidak pasti ape yang aku cari . Sampai di aspuri . wow ! Aspuri ni dah macam Aspura . Ramainya Lelaki di atas sana . h a h a . Aku hanya mampu melihat reaksi kaum lelaki bila menjejakkan kaki ke kawasan aspuri. Sampai ampaian aspuri pon nak tengok . Dah lain macam niat tu . h a h a .




           Berjalan keluar dari aspuri terdengar suara  memanggil "intan Syahira, intan syahira ?" Aku dengan bermata dua yg kabur memandang ke arah wakaf aspuri . lihat mencari . aku tanya kawan ." siapa ? cikgu anis ke ?" mengangguk laju kawan disisi . membalas panggilan yg senyap daripada tadi "sekejap Cikgu . Kejap lagi saya datg " "Awak Dah nak balik ke ?" "takkkk" .. berlalu pergi ke luar .


            Menunggu phone diCas . Setelah cas Aku berlalu ke dalam aspuri semula bersamakawan2 yang sangat busy . Aku terus menuju ke wakaf asrama . bertemu Cikgu Anis yg sejak tadi memanggil . Bersembang berborak . tergelak . ya . itu mereka . Tapi sekejap aku diam . sekejap aku ikut gelak mereka . Aku sedang runsing wktu itu . Kakak touching . Type mesej dengan laju kemudian send . dann aku sambung mengikuti mereka . Kawan aku menemani :)
dan phone berdering . Abah Call "dah dekat sampai . tunggu"
Aku buat tak endah . Nak berborak . Rasa macam taknk balik pon ade .
Kawan yang memulakan . Aku AGAk malu . "Cikgu, bobby nak ambil gambar" Dia lahh jadi photographernya . h a h a . mcm2 side dia guna . kelakar . kat ceruk2 pon dye tangkap . h a h a . Kelakar sangat . tergelak aku bila ingat waktu itu . "kenangan" .





banyak lagi gambar . tapi..
macam biase malas upload . heee :)



Dan dah letih berpose . Aku mintak diri dulu . Tapi tangan aku memang selalu berpeluh . so , tak boleh salam . hehe . eh lupa ni gambar photografher kiteolang .



Comel kan ?

Berjalan berdua ke luar aspuri . dan terpandng cikgu . Cikgu ikut .  Aku bertanya . "Cikgu nak g mane ? makan eh ?" "Cikgu tak lah , nak pergi jumpa makcik jijah " Ah sudahh .. Cuakk babe . Tak terungkap dengan kata2 . serius lahh cikgu ? Serius ni . Berjalan2 gelak2 Hujan renyai membasahi bumi . Aku terus berjalan mencari kereta abah . " oh kat surau tu . jauh lahh cikgu" "takpa" lahh . puas aku nak mencari helahh . Tapi Cikgu tetap dgn keputusannya .


            Petang itu , sambil aku berjalan aku hanya mendengar rintik hujan dijalanan . INdah semulajadi . Aku berjalan bersama Niatku dan Cikgu . melihat riak wajah cikgu yang sayu . Mendengar ucapan , bicaranya membuatkan aku "ya tuhan , jagakan dia, lindungi dia" itu sahaja yang aku mampu . Hilang Cikgu bagai aku hilang masa depan . Tapi kata2 itu menjadikan aku bangun semula . ya . kata2 itu .

Sampai dikereta . Cikgu Salam mak. Chub pon salam mak . mulalah conversation mak dgn cikgu . Mak cakap ini . Cikgu cakap itu . Semua pasal"Aku" ,"pindah" .Aku Dengar sambil tergelak2 . hehe . Tapi dalam hati hanya tuhan yang tahu . Lepas habis conversations .
Aku tutup pintu kereta .


        Salam lagi dengan cikgu . Aku lepas semuanya kat situ . Aku tengok Air mata cikgu . Mata dia merah sangat . Dan dalam hidup aku , buat pertama kalinya,Aku lihat seorang guru menangis bukan sebab result murid meningkat tapi . sebab Aku lari dari sekolah tu . Sedih . Tak terkata aku waktu itu . Aku tidak menangis . sehingga lahh aku memeluk erat tubuh Kawan yang selalu disisi . macam2 aku lalui dengan dia . suka duka kami . Susah aku lupa . masa tingkatn satu . aku buli dia . dan sekarang kami berkawan . agak rapat . Dia selalu ada . Aku menangis . Dia pon menangis . "Ya ALLAh , buat lahh dia gembira di sini, jangan ikut jejak aku" Sedih . Sedih sangat .
Sementara itu Cikgu Ade pesan "Awak pergi sana , buat betol2 . jangan bagi DIA anggap diri DIA yang menang . Awak mesti tunjuk dekat dia yang awak boleh belajar tanpa dia . Awak yang menang . Bukan sebab awak kalah awak lari dari dia" dan "jangan lupa cari Cikgu fitri" Aku ingat lagi kata2 dia . "insyaAllah , Aku akan menang"

  Aku rasa rugi tak ambil gambar waktu itu . and i feel like ohh , no ! what a biggest moment it is . and The first Teacher i will say "Tak semua guru memahami ape yang murid dia rasa" and ya, i met you . You are . dear teacher :) i Saw your tears :)

         Dan aku masuk dalam kereta aku jerit "bye" . Cikgu dengan chub pergi . jauh dari pandangan aku . abah pun memulakan perjalanan balik kerumah .



"kawan"
>Aku mintak maaf kalau selama ni aku ade menyakitkan hati korang .
dan aku tahu ade . Maafkan aku . Aku sayang korang sampai bila-bila . Syg
rhythm . sayang sangat . Waktu Form 3 lahh hari paling bahagia kita bersama .
kan ? korang doakan aku . sejauh mana jarak . kita tetap sahabat sampai syurga .
insyaAllah . Jangan lupa aku . dan aku tak kan pernah lupa korang .  :)
Sayang Korang :) Thankyou for every help . thankyou for be a good friends for me . Thankyou for every Support from You alls . Thank you very much .
MAy ALLAH bless you ALWAYS :)

*Smile :)

                                                   Rhythm of 96 :)




What a bigger moment it is .

"Cikgu Anis"
>Saya minta maaf , kalau selama ni saya pernah melukakan hati cikgu .
ya, saya tahu pernah sgt .    Saya  buat cikgu  touching kan ? minta maaf cikgu .
Takpe jangan risau lepas ni takde sape dah nak sakitkan hati cikgu . kan ?
Cool je . hee :) "hati kena kental" kan ?
sayang cikgu . The best teacher i have . seriusly :)
Thankyou For everythings . Every moments . Every Single seconds.
Thankyou very much . may ALLAH bless u :)


                                                                              Cikgu ACCount and my Fellowship:)











Thankyou Everyone :)
*smile






                                                                                                                |FZ|